Loading…
For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
YAMAHA Y16ZR DOXOU EDISI KHAS 2023 (Eksklusif di Malaysia – Hanya 5,000 unit sahaja)

YAMAHA Y16ZR DOXOU EDISI KHAS 2023 (Eksklusif di Malaysia – Hanya 5,000 unit sahaja)

Yamaha Y16ZR Doxou Edisi Khas 2023 - Oroda

YAMAHA Y16ZR DOXOU EDISI KHAS 2023

Hong Leong Yamaha Motor(HYLM) telah mengeluarkan 2023 “Tech Art” Doxou Y16ZR Edisi Terhad, harganya telah ditetapkan pada harga RM11,818. Berikutan Yamaha Y16ZR Doxou 2021 yang berharga RM11,688, motosikal Doxou dari HLYM tahun ini menampilkan grafik berbeza. Hanya 5,000 unit akan dikeluarkan dan eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja.

Yamaha Y16ZR Doxou Edisi Khas 2023 - Oroda

Yamaha Y16ZR dijana enjin 155, 4 lejang, SOHC, sejukan cecair, VVA dengan transmisi enam kelajuan klac yang menjana 17.7 kuasa kuda (hp) pada 9,500rpm serta tork maksimum 14.4Nm pada 8,000rpm.

Nama Doxou berasal daripada perkataan Jepun “dokusou”, yang bermaksud “menjadi kreatif dan mendahului orang lain”. Untuk tahun 2023, “Tech Art” Doxou Y16ZR menggunakan panel badan warna ungu berkilat yang lebih menyerlah, serta rim warna cyan hadapan dan belakang. Pembeli Y16ZR Doxou akan menerima aksesori tambahan yang dipanggil sebagai Y16ZR Sports Fender, lencana khas Y16ZR dengan cetakan nombor keluaran serta setiap pembelian akan diberikan sijil khas penghargaan.

Yamaha Y16ZR Doxou Edisi Khas 2023 - Oroda

Comments are closed.

Top
Home
Find Bikes
Post AD
Cart
Account