Loading…
For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 akan datang tidak lama lagi!

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 akan datang tidak lama lagi!

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023

Setakat ini kita memang sudah mengetahui Kawasaki Ninja ZX-25R akan tiba di negara kita pada tahun ini disebabkan ia telah dipamerkan di Sepang pada tahun lepas. ZX-25R yang telah dilancar pada tahun 2020 sudah berada di pasaran Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda

Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media bertempat di Kilang Modenas, Gurun, Kedah, CEO Modenas Encik Roslan Roskan mengesahkan model superbike empat silinder sebaris 250 cc Kawasaki Ninja ZX-25R akan memasuki pasaran Malaysia.

 

Selain daripada itu, Roslan juga memberitahu bahawa ZX-25R ini akan dipasang di dalam negara (CKD), namun jangkaan harganya masih belum didedah. Sebagai rujukan, model ini dijual pada harga 299,000 Bath (RM39350.25) di pasaran Thailand.

Menariknya berkenaan ZX-25R, ia adalah sebuah motosikal 250 cc yang dihasilkan dengan fokus kepada prestasi, bermula dengan enjin empat strok empat silinder 249.8 cc DOHC penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 51 PS pada 15,500 rpm (dengan ram air) dan 22.9 Nm tork pada 14,500 rpm. Laju maksimum yang diberitahu adalah 197 km/j.

Pada bahagian transmisi, model ini menggunakan unit enam kelajuan bersama klac jenis assist and slipper, sementara kelengkapan lain juga berspesifikasi tinggi, termasuk dua mod tunggangan, kawalan cengkaman KTRC, throttle valve elektronik, kerangka trellis serta suspensi yang terdiri daripada fork USD SFF-BP 37 mm tanpa pelarasan di hadapan dan monoshock Horizontal Back-link dengan pelarasan pra beban di belakang.

Brek pula menggunakan unit cakera tunggal 310 mm berserta angkup monoblock di hadapan dan cakera 220 mm di belakang. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 182 kg, dan ia datang dengan tangki bahan api 15 liter.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 - Oroda

Bagi penggemar motosikal di Malaysia, Kawasaki ZX-25R 2023 pasti menjadi pilihan yang menarik untuk dinikmati pengalaman menunggang motosikal sport berkuasa tinggi yang mengujakan dan menarik. 

Comments are closed.

Top
Home
Find Bikes
Post AD
Cart
Account