Loading…
For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
CFMoto Papio 125 XO (2023) Masuk Pasaran Jun Ini, Harga Mula RM8.8k!

CFMoto Papio 125 XO (2023) Masuk Pasaran Jun Ini, Harga Mula RM8.8k!

CFMoto Papio 125 XO (2023) - Oroda

CFMoto Papio 125 XO 2023

CFMOTO Malaysia memberi kejutan istimewa di Malaysia Autoshow 2023 bahawa motosikal retro mini CFMoto Papio 125 XO (2023) akan berada di pasaran secara rasmi bermula Jun 2023. Harga jualan bermula RM8,888 seunit tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

CFMoto Papio 125 XO (2023) - Oroda

Untuk pasaran Malaysia, XO Papio ditawarkan dengan tiga warna iaitu Nebula White, Fiery Red dan Moss Green.

Di bawah adalah butiran mengenai CFMoto Papio 125 XO (2023):

  • Dilengkapi dengan lampu depan berbentuk XO dengan cahaya pancaran tinggi dan pancaran rendah.
  • Dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dimana ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 9.4 hp pada 8,500 rpm dan tork 8.3 Nm pada 6,500 rpm.
  • Menampilkan fork USD (jarak gerak 96 mm) di bahagian hadapan dan monoshock di belakang.
  • Dihadiri dengan Sistem brek ABS dwi saluran diberikan secara standard.
  • Dilengkapi dengan Brek cakera hadapan dan belakang, yang terdiri daripada unit 210 mm dengan angkup dua piston di bahagian hadapan, dan cakera 190 mm dengan angkup satu piston di bahagian belakang.
  • ·Rim 12 inci dengan tayar 120/70 di bahagian hadapan dan 130/70 di bahagian belakang.
  • Dihadiri dengan panel meter digital.
  • Motosikal ini juga didatangkan dengan Berat kerb 114kg, tempat duduk dengan ketinggian 760mm, dan kusyen dengan kelebaran 216mm.

Model neo-retro ini bukan sahaja bagus untuk pemula tetapi ia juga merupakan motosikal mini yang sangat sesuai digunakan di sekitar kawasan bandar.

Comments are closed.

Top
Home
Find Bikes
Post AD
Cart
Account